Azmawee 127.0.0.1

"Mauiwagen. Das Server." – pub 4096R/712DAA69

3DS, 3DS XL, New 3DS XL, Tips & Tricks.

Maklumat berkaitan Region Lock.

* Dalam dunia 3DS ni, ada 3 region aje yang dia lock. Region US/Canada, region Japan/Jap (Master race ni) dan region European/EU. Malaysia termasuk dalam region US, jadi kebanyakan kedai game kat Malaysia ni jual game dari region US. Ada juga kedai atau online seller jual game region Jap, tapi harga mahal sikit. Game region EU paling susah nak cari kat Malaysia.

Boleh rujuk kat sini kalau nak tau negara tu termasuk dalam region mana :

http://nintendo.wikia.com/wiki/Regions

 

#Tips sebelum/semasa membeli New 3DS XL (N3DSXL/NN3DSXL) baru, di KL/Selangor, Malaysia.

1. Kalau boleh jangan beli kat Lowyat plaza, kebanyakannya macam samseng (tapi tak semua), dan harga boleh beli suit Ironman sebijik, tapi kalau kaya macam Tony Stark tak kisah la. Rekemen-dek beli dengan Impluse (Sunway branch), Gamers Hideout (1 Utama) (Jauhi kedai ni, manager main tuduh customer mencuri tanpa bukti – Source) atau Viewnet (Ah Wai, tingkat 3 dalam Lowyat Plaza, so far kedai ni yang OK dalam Lowyat Plaza), kalau kat Sg. Wang tu aku tak tau. Mungkin ada yang tanya kenapa aku tak list HeavyArm (ss15 Subang Jaya)? Sorry, aku tak support dah diorang nih, ari tu masuk kedai dia aku kena marah free2 je. Pasal pintu kedai dia rosak, tapi dah nampak pun notis dia tampal kat depan pintu dia tu, bukan tak nampak, aku cuma pegang ganggang pintu je tunggu dia unlock pintu tu, masuk je kene marah free, apa hal!! satu lagi, harga kat Heavyarm ni bukannya murah sangat pun, tapi terpulang la pada masing2, K. bye sebelum aku lagi emo.

* Kalau rasa nak beli online, boleh try beli dari qisahn.com. Qisahn ni company singapore, so diaorang takde cas GST, dan diorang guna service Poslaju untuk hantar barang, jadi sama macam local. Ataupun boleh beli dari lazada.com, kadang2 lazada bagi coupon untuk pembelian melalui mobile apps, boleh jimat antara rm50 ke rm250. Dan tak lupa kepada abang Kyo kita, kyosgamemart.com atau boleh search kyo’s games mart dalam facebook. Apa yang best pasal Kyo? pasal dia best la… nak suh hantar depan rumah pun boleh kalau dia ada masa. Kyo selalu bagi free gift dan tak kedekut. Kadang2 dia buat gathering dan event siap ada free food lagi, boleh la datang melepak sekali.

2. NN3DSXL ade 2 jenis top screen, IPS screen dan TNscreen, kalau boleh cari yg guna IPS screen pasal color dia lagi terang. Boleh refer kat sini macam mana nak cek IPS atau TN screen :

http://www.neogaf.com/forum/showthread.php?t=1009798

Kalau beli online kene gamble la.

3. Sebelum bayar duit untuk NN3DSXL tu, turn on dulu machine tu, follow on screen dan register apa yang patut. Lepas tu buka apps nama “Games Note” (cari kat row atas dalam menu dia). Dalam Games Note tu, select mana2 note kosong, dan try buat line lurus start dari hujung touch screen, dari bawah belah kiri atau belah kanan drag stylus menghala ke atas, dan seterusnya dari bucu ke bucu, test dari/ke setiap sudut dan pastikan line boleh dilukis. Ini untuk pastikan touch digitizer dengan screen dia match dan tak lari.

4. Perhatikan top dan bottom screen, tengok setiap pixel kalau nampak, kot2 la ada dead pixel. Dead pixel ni semacam satu titik (atau lebih), kadang2 warna biru, merah, kuning, hitam, putih atau bertukar2 kaler. Pendek kata cari aje la apa2 titik yang tak sepatutnya ada, kalau ada dead pixel tu menunjukkan screen tu dah ada masalah dan mungkin akan wujud lagi banyak dead pixel pada masa akan datang.

5. Kalau ada 3DS atau DS game cartridge (Pinjam kat kedai tu kalau dia ada), cuba masukkan game cartridge tu dan goyang2 sikit machine tu. Ni untuk pastikan slot game tu OK atau tak. Kalau game cartridge tu jatuh atau terkeluar, walaupun terkeluar sikit aje, suh dia angkat machine lain lah. Kang sia2 je main berjam2 sekali game cartridge terkeluar, terus abis tak sempat nak save.

6. (Optional). Kalau nak senang dimasa akan datang, upgrade terus memory card kepada kapasiti yang besar, ni kalau plan nak download game dari eShop (digital copy), terutamanya game2 free atau demo, rekemen guna saiz 16GB dan keatas. NN3DSXL guna microsd card (sama macam kebanyakan smartphone) dan old 3DS/3DSXL guna standard sdcard (sama macam kebanyakan camera). Kalau boleh jangan beli memory card ni dengan kedai game, biasanya diorang jual yang clone punya dan kadang2 dengan harga yang tak masuk akal. Beli kat kedai komputer dalam Lowyat plaza, Viewnet ke, Cycom ke, Sri ke (Setakat pengalaman aku Viewnet paling murah dan original, warranty pun senang). Cari memana brand yang bagus macam Sandisk, Samsung, Transcend, Toshiba atau lain2. Aku rekemen guna Samsung Evo/Pro, Transcend Premium 300x/600x atau Sandisk Ultra/Extreme, pasal 4k write speed dia tinggi. Class 10 atau 4 tu hanya indicator untuk Sequence write speed (untuk camera atau video recording). Pasal speed dan memory card ni dah masuk topik lain, panjang cerita kalau nak tulis. Boleh google sendiri kalau nak tahu lebih details.

Satu lagi, kalau guna memory card 16GB dan keatas, adalah direkemenkan untuk format memory card tu ke partition fat32 dengan 64kb cluster size. Banyak forum2 kat luar sana rekemenkan bende ni pasal boleh improved performance. Boleh format memory card ni guna Windows (kat PC) tapi kena guna program lain, pasal default Windows formater hanya boleh format fat32 sampai 32kb cluster size je. Boleh guna program Minitools Partition Wizard Free Edition atau AOMEI Partition Assistant. Dua2 software tu free dan boleh download dari internet (goggle ler url nye).

Bawah ni adalah result bergambar dari testing memory card yg aku ada dan juga sumbangan kawan2 dari internet. Tengok result 4K write speed, itu yg penting untuk console, tablet atau smartphone (kenapa result 4k? bende ni tak banyak org tahu, boleh google untuk maklumat lanjut).

https://www.dropbox.com/sh/fjp2qolsygkmvoz/AABpDxpdwVV_DNAtoBHJMJSHa?dl=0

7. (Optional). Kalau rasa nak guna Gateway atau Sky3ds (yang ni latest firmware pun boleh) atau lain2 pirate/backup flash card, cari firmware yg guna version 9.2.x kebawah. Tapi aku sangat tak rekemen, pasal kalau main online, Nintendo boleh ban machine/nnid anda selamanya. Jadi risiko tanggung sendiri ye.

 

#Tips selepas membeli New 3DS XL (N3DSXL/NN3DSXL) atau untuk pengguna baru.

1. Apa pun, tahniah dulu sebab korang dah ada 3DS, 3DSXL atau N3DSXL sendiri.

2. Kita mulakan dengan Bismillah.

3. Sedikit maklumat berkenaan penggunaan credit/debit card dalam eShop (Nintendo punya online store). Kena tahu bende ni dulu sebelum pilih untuk register dan set country yang mana satu nanti.

Kalau pilih country US, eShop hanya menerima credit/debit card dari US sahaja, tak boleh guna credit/debit card dari Malaysia. So kalau nak guna juga credit/debit card dari Malaysia, kena pilih country Canada. Untuk yang pilih country US tu, boleh topup fund eshop guna eShop prepaid card. Ada banyak seller jual eShop prepaid card ni dalam group-group Facebook atau dalam forum lowyat. Prepaid card datang dengan nilai USD10, USD20, ,USD35 dan USD50, harga dalam RM memang lain la, ikut seller yg jual tu.

Cara2 untuk set region dalam 3DS/N3DSXL:
* Buka System Setting.
* Pegi ke Other Settings.
* Pilih Profile.
* Pilih Region Settings.
* Pilih United States (US) atau Canada, bergantung pada point kat atas tadi.

Cara2 nak register Nintendo Network ID (NNID) :
* Buka Systems Setting
* Pilih Nintendo Network ID Settings, menu dia kat atas.
* Jangan set Parental Controls pulak, nanti macam2 dia minta. Set kat birthday tu umur 18 tahun ke atas, so tak perlu requirement untuk parental controls ni. Kalau dah ter-set parental controls tu (macam sorang kawan kita tu..) boleh rujuk kat official guide nintendo ni untuk clear dan reset balik :
http://en-americas-support.nintendo.com/app/answers/detail/a_id/270/p/430/c/184
* Lepas tu aku tak ingat dia keluar apa, follow je on screen, lepas register nanti setting untuk NNID tu ada dalam tu juga.

Kalau dah clear boleh proceed seterusnya.

4. Untuk penggunaan dan pembelian dalam eShop, kene la pilih dan set dulu country samada US atau Canada (ikut pada point no. 3 tadi). Lepas tu kene pilih State/Province. Yang ni penting pasal kalau beli apa2 dalam eShop tu, anda akan dikenakan Tax (macam GST la lebih kurang). Tapi sesetengah State/Province tak kena Tax ni. Jadi untuk lari dari kena Tax tu, kena lah pilih State/Province yang Tax free. Kalau set country US, boleh pilih “Oregon”, dan untuk country Canada boleh pilih “Alaska”. Zip code untuk Oregon dan Alaska tu korang boleh google la ye. Pastikan korang save dan simpan Zip code yang korang guna tu kat mana2. Kadang2 eSop ni ada minta balik Zip code yang kita set tu dalam sesetengah transaksi.

Cara2 nak setup lokasi dan zip code dalam eShop :
* Buka Nintendo eShop.
* Pegi ke Settings / Others.
* Pegi ke Location Settings.
* Pilih Change Address.
* Letak Zip code Oregon untuk country US atau Alaska untuk country Canada.

5. Game yang dibeli dan didownload dari eShop akan tied dengan NNID anda, dan apa yang anda kene tahu lagi ialah, NNID anda tu tied dengan machine tu sendiri. So jaga lah machine anda baik2, kalau jadi apa2 memang parah. Ini salah satu BIG Sucker point untuk Nintendo.

 

#Tips dan permasalahan berkaitan System Transfer.

* Yang ni untuk orang yang baru beli 3DS atau N3DSXL dan membuat System Tansfer dari 3DS lama ke N3DSXL baru.

Bawah ni adalah link official guide untuk buat System Transfer (dalam english):

http://en-americas-support.nintendo.com/app/answers/detail/a_id/14169/p/430

Atau boleh follow guide bergambar dan ber-video kat sini:

http://www.nintendolife.com/news/2015/02/guide_how_to_complete_a_system_transfer_from_a_3ds_to_a_new_nintendo_3ds_xl

Perlu diingatkan, selepas selesai process System Transfer ni, 3DS lama tu akan diformatkan dan jadi macam machine baru, manakala data yang lama akan masuk kedalam N3DSXL yang baru tu.

* Tips ni dari pengalaman aku sendiri semasa membuat System transfer dari 3ds lama ke N3DSXL aku. Aku pilih method PC untuk copy data dari 3ds sdcard lama ke N3DSXL microsdcard yang baru. Jadi lepas selesai System Transfer tu, dia akan restart 2-2 machine tadi. Masa ni aku rekemen jangan restart, tapi Power Off terus 2-2 machine tu. Dan transfer dulu isi kandungan data dalam sdcard yg kat 3DS lama masuk ke microsd card yg kat dalam N3DSXL baru tu. Buat kat computer guna memory card reader, copy masuk computer dulu isi sdcard yg lama pastu dari computer tu copy balik masuk ke microsd card yg baru. Lepas tu pasang balik memory card tadi dan baru turn on balik N3DSXL tu, lepas tu baru dia akan akhiri process System Transfer.

Kenapa bende ni berlaku dan tak boleh terus restart ke 2-2 machine tadi selepas selesai System Transfer? Sebab, aku punya 3DS ada mengandungi game2 DSiWare, so DSiWare tu dia backup masuk ke sdcard dalam 3DS yang lama. Kalau ikut guide System Transfer 3DS yang lama (3DS ke 3DS) sdcard tu kene pindah masuk ke target system yang baru. Tapi dalam kes ni, N3DSXL yang baru guna microsd card, jadi mana la boleh nak masuk menatang sdcard yang lama tu ke N3DSXL…. Ni semua pengalaman aku sendiri, harap berguna pada sapa2 dimasa akan datang.

 

#Tips dan tricks, lepas System Transfer save game data hilang atau game yang beli dari eShop tak keluar.

3ds_dont_panic

* Yang ni mungkin teknikal sikit, ah belasah je la…. Setiap pembelian atau game yang dah didownload dari eShop, game tu akan tied dengan korang punya NNID dan mempunyai rekod untuk di-re-download balik nanti. Masa process System Transfer tu, kadang2 file 00000000.app dalam sdcard yang kat 3ds lama tu dia tak transfer, pasal tu list game tak keluar. Jangan panik, boleh re-download balik dari eShop. Kalau tak boleh re-download, masuk ke “Data Management” dalam System setting dan remove apa2 berkaitan dengan game yang hilang tu, lepas tu cuba re-download balik dari eShop.

* Bab save game data hilang, korang kene ada backup copy data dari memory card yang lama. Boleh copy balik isi kandungan dari dalam sdcard yg kat 3DS lama tu. Streetpass data biasanya store dalam folder nama extdata, DLC dalam title\0004008c dan updates dalam title\0004000e, kene search dalam sdcard tu dan copy masuk balik ke microsd yg kat N3DSXL.

Harap membantu.

 

#Tips berkaitan charger, usb cable dan powerbank untuk 3DS/N3DSXL

* Secara rasmi, semua N3DSXL set baru memang datang tanpa charger, memang Nintendo tak bagi charger dah, jadi korang kene beli sendiri. Boleh aje beli charger 3DS atau charger DSi kat kedai game kalau murah, katakan bawah RM20. Kadang2 charge yg dijual kat kedai game tu low quality, pasal tu aku lagi suka beli USB charging cable untuk 3DS atau DSi dari Daiso, RM5 je, lepas tu sambung/guna kat mana2 charger smartphone yang berkualiti atau charge terus dari USB port kat PC/Laptop.

* Kebanyakan orang mungkin takut nak charge kalau guna High Power Charger yang outputnya tinggi, macam charger ipad atau lain2 yang outputnya sampai 3A (3000mA) atau lebih. Tak perlu risau sebenarnya, konsep charging ni lebih kurang macam ni. Charger tu boleh keluar output 3000mA, tu max dia boleh supply. Kalau charge kat 3DS, 3DS tu hanya sedut lebih kurang dalam 500mA aje. Smartphone boleh sedut sampai 1A(1000mA) hingga 2A(2000mA), bergantung pada phone. Aku guna USB desktop charger yang murah aje, RM21, beli kat Lowyat Plaza yang ada 6 output USB, Max dia boleh supply sampai 4A. Charger tu lah yang charge semua gadjet2 yang aku ada, 3DS, N3DSXL, smartphone, PSVita, powerbank dan lain2. Kalau nak test apa2 charger tu boleh tak dia supply macam yang dia tulis kat body dia, boleh guna wayar USB charger yang ada macam lcd display. Dia boleh display berapa current (dalam mA) masa charge sesuatu gadget, so boleh tahu berapa banyak/besar gadjet tu sedut current semasa cas. Cable tu ade jual kat Lowyat, jenama Zap ke apa tak ingat, tapi dalam RM30 gak la, tempat lain tak tau pasal aku beli kat sana. Cable tu boleh cut off terus current kalau ade apa2 yang melebihi had, litar pintas dan sebagainya, jadi selamat jugak la kalau guna.

* Berkenaan dengan charging menggunakan powerbank. 3DS atau N3DSXL ni takde masalah apa pun nak charge guna mana2 powerbank, takde requirement, limitation dan sebagainya. Even emergency charge yang guna 2 biji bateri AA pun boleh charge 3DS ni. Sesetengah gadjet macam Sony PSVita, requirement dia nakkan powerbank atau charger yang boleh supply 1.5A(1500mA) output. Pasal tu tak semua powerbank boleh charge PSVita. Jadi kalau nak beli powerbank yang boleh charge PSVita kene make sure output powerbank tu 1.5A (1500mA) keatas.

* Satu lagi isu, berkaitan charging sambil main game. Bagi aku bende takde efek pun. Kita kena tahu, musuh utama bateri tu adalah kepanasan (heat) atau kesejukan terlampau (takkan berlaku kot dalam Malaysia ni). Bile ada apa2 kepanasan, bateri cepat mati dan jangkahayat dia pun cepat turun. Jadi, kemungkinan besar bile main game sambil charging, ada kepanasan yang tak dijangka berlaku dalam machine tu dan memberi kesan kepada jangkahayat bateri. Kalau kepanasan tu boleh di-control atau di-cover, seperti bermain dalam bilik atau tempat yang berhawa dingin, rasanya takde masalah. Ini pendapat aku.

#Tamat.

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

6 Comments on "3DS, 3DS XL, New 3DS XL, Tips & Tricks."

Notify of
avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
zul
Guest

nak tanya, aritu aq da set region ke new york (aq first time dan tak tahu men buat je) pastu aq pun beli la topup eshop gune kad debit. Dia kata fail transaction tp duit kt bank tetap tolak (dlm 150+ kut lupa la). aq call bank utk mintak refund tp takle jadi redha la citenya. boleh tak bagi tips region mana aq boleh tukar untuk eshop yang function?

   0 likes

Aiman
Guest

so helpfull,,tak tau plak selame ni yg psal region setting tu,,slamat aq dri kne tax ,,

   1 likes

Wan23
Guest

bro…saya buat province saya under quebec….xde pilihan utk alaska….tapi sama jer kan….ada explanation x pasal niy…

   0 likes

wpDiscuz
MaUi^ - pub 4096R/712DAA69
Fingerprint 8BF7 D0AF CA45 5313 A3BF ACFB B90B 66C7 712D AA69

0110010101100001011100110111010001100101011100100010000001100101011001110110011100100000011011100110111100101110001000000011000000110110